jenis-jenis vaksin kanak-kanak & bayi | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

jenis-jenis vaksin kanak-kanak & bayi


masih ramai lagi mereka yang tidak mengetahui vaksin..
dan masih ramai lagi mereka yang menolak vaksin..
perkara ini bukan sahaja bodoh..tapi membahayakan nyawa anak mereka ,malah nyawa orang sekeliling jugak terancam..

urm..padahal vaksin nie diberi secara percuma kepada rakyat..bukan kena bayar pun..
so what stop us from vaccinate our chillderen??

[wajib baca: apakah penyakit tangan,kaki & mulut(HFMD)]

Vaksin-vaksin terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah berpandukan kepada Perluasan Program Imunisasi (EPI- Expanded Immunisation Programme) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO- World Health Organization). Vaksin-vaksin ini diberi secara percuma kepada semua bayi dan kanak-kanak di semua klinik kesihatan kerajaan dan ia merangkumi 10 jenis vaksin yang boleh menghalang penyakit. 


Pemberian vaksin secara menyeluruh adalah penting untuk menjayakan program imunisasi ini. Lebih banyak vaksin mungkin akan diperkenalkan pada masa akan datang. Jadual imunisasi yang sedia ada ini mungkin akan diubahsuai dari masa ke semasa bergantung kepada keperluan. Jadual imunisasi yang terkini adalah seperti yang dilampirkan di dalam Jadual Imunisasi.

[wajib baca: apakah difteria?]

Terdapat pelbagai vaksin baru dan lain-lain jenis vaksin di pasaran Malaysia. Walau bagaimana pun, klinik dan hospital swasta mungkin menggunakan produk vaksin yang sedikit berbeza daripada yang digunakan oleh pusat kesihatan kerajaan.

Apakah jenis-jenis vaksin yang sedia ada?


Vaksin yang disediakan untuk remaja-remaja bagi mencegah daripada kanser serviks:
Terdapat formula yang berlainan untuk sesejenis vaksin
1. Batuk kokol/ Pertussis- vaksin jenis tanpa sel dan vaksin jenis seluruh sel
2. Vaksin polio - vaksin jenis yang telah dimatikan terlebih dahulu dan vaksin jenis yang masih hidup tetapi telah dilemahkan terlebih dahulu

Vaksin untuk kanak-kanak yang masih tidak terdapat di dalam jadual imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia ialah:
- Cacar Air
- Jangkitan meningokokal
- Jangkitan pneumokokal
- Rotavirus
- Influenza
Vaksin untuk kanak-kanak yang melancong ke luar negeri ataupun yang mempunyai risiko untuk dijangkiti:
- Hepatitis A
- Demam Kepialu


Vaksin yang disediakan untuk remaja bagi mencegah daripada kanser serviks:
- Human Papilloma Virus (HPV)

Vaksin yang spesifik untuk sesejenis penyakit:
- Pertussis - keseluruhan sel pertusis wP dan vaksin tanpa sel pertusis aP
- Poliomyelitis - Vaksin hidup yang dilemahkan dan yang telah dimatikan terlebih dahulu
- Cacar air atau Varicella
- Penyakit Meningococcal
- Penyakit Pneumococcal
- Jangkitan Rotavirus
- Jangkitan Influenza
- Hepatitis A
- Demam Kepialu
- Human Papillomavirus (HPV)

- Appendik

[info penting: tips untuk mendapat anak pintar & pandai membaca sebelum masuk tadika]

credit to:

Penulis : Dato' Dr. Jimmy Lee Kok Foo
Penyemak : Dr. Ranjini S. Sivanesom

sekarang anda dah tahu kan jenis-jenis vaksin untuk kanak-kanak dan bayi.
lepas nie senang lar,,sbb anda dah tahi jenis-jenis vaksin yang ada kat malaysia.
klau nak tahu detail lagi pasal vaksin nie,,perhaps you can ask directly kepada doktor @ nurse yang rawat anak anda..


adakah anak anda sudah di vaksinasi??ada yang anak anda terlepas vaksin?

No comments:

Post a Comment

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...