anak anda terlepas jadual vaksinasi?? | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

anak anda terlepas jadual vaksinasi??

anak saya terlepas jadual vaksinasi...camne nie??



sekarang nie rmai ibubapa yg tngah pening sebab anak mereka terlepas vaksinasi.
ok...fikir positive perhaps they all busy..x ingat kot..
xpun anak mereka allergic ngan vaksin huhuhu..

antara soalan yg sering di tanya oleh ibubapa..:

  • "anak saya ambik vaksin separuh jalan je..huhu..sekarang umur anak saya dah 5 tahun,apa yang patut saya buat.somebody please help me.."


  • "bolehkah kami pergi ke klinik kesihatan terdekat untuk mengambil kembali suntikan vaksin wlaupun anak saya sudah terlepas beberapa dos??"
1) Kepada ibu bapa yang hendak melengkapkan status vaksinasi anak anda atau telah terlepas dos vaksin, Masih Belum Terlewat. Saranan kami adalah untuk pergi ke klinik kesihatan berdekatan untuk mendapat konsultasi & khidmat nasihat mengenai jenis vaksin yang boleh diberi bersesuaian dengan umur anak anda sekarang.

[wajib baca: apakah difteria??]

2) Untuk pengetahuan umum, klinik kesihatan ada hari-hari yang tertentu untuk jadual pemberian vaksin. Kenalilah klinik kesihatan terdekat & dapatkan info mengenai jadual mereka.

3) Untuk alternatif, anda juga boleh pergi ke klinik-klinik General Practitioner atau Paediatric yang menawarkan khidmat vaksin.

4) Simpan rekod kesihatan anak dengan kemas dan selamat terutama jadual imunisasi anak dan rekod alahan.

5) Sekiranya anda sudah mendaftarkan anak anda di sebuah Klinik Kesihatan untuk imunisasi/vaksin, teruskan temujanji & patuhlah kepada tarikh "follow-up" atau temujanji ulangan.
Kesetiaan kepada Klinik Kesihatan tertentu adalah untuk memudahkan simpanan rekod anak anda & juga untuk memastikan anak anda tidak keciciran vaksin.

6) Untuk rujukan, kami lampirkan di sini jadual imunisasi terkini dan juga laman web yg memaparkan info sahih mengenai imunisasi.



Rujukan:
1) immunise4life.my

jadi ape anda tunggu lagi..vaksin anak anda sekarang..
share article nie jika anda rasa bermanfaat..ada pendapat??tulis kat komen ye..

2 comments:

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...