Tips Berhenti Merokok | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

Tips Berhenti Merokok

cara-cara untuk berhenti merokok

Tips Berhenti Merokok

Sememangnya suatu kesukaran untuk seseorang perokok untuk berhenti merokok. Dalam rokok terkandung bahan utama yang dinamakan nikotin. Bahan inilah yang menyebabkan perokok ketagih untuk terus merokok, berasa tidak selesa serta sukar menjalani hidup secara normal sekiranya tidak merokok. 

kenapa susah untuk berhenti merokok?

Nikotin dalam rokok akan disedut ke paru-paru, meresap masuk ke dalam aliran darah dan terus dibawa ke otak. Sebaik tiba di otak, nikotin akan mula menjalankan “tugasnya”. Ia mencetuskan beberapa tindak balas kimia yang akhirnya mewujudkan perasaan “seronok”.

Malangnya, ransangan ini hanyalah sementara. Apabila paras nikotin sudah berkurang, perokok akan berasa tegang dan gelisah. Terpaksalah si perokok menyalakan rokok lagi dan begitulah seterusnya ketagihan nikotin berlaku.
Sebatang rokok tidak akan pernah cukup bagi seseorang perokok.

 Jadi, untuk berhenti merokok, seseorang perokok perlu memahami sifat ketagihan nikotinnya dan apa yang diperlukan untuk membebaskan diri daripadanya. Malah, perokok sering terkejut apabila mengetahui bahawa mereka adalah ketagih kepada bahan nikotin. 

Ramai antara kita percaya bahawa merokok hanyalah satu tabiat buruk.


Perokok pula berfikiran untuk berhenti merokok adalah suatu perkara yang mudah apabila mereka memutuskan bahawa ia adalah masa untuk berhenti merokok. Malangnya ia tidak semudah yang disangka. Walau bagaimanapun usaha untuk berhenti merokok adalah perkara yang tidak mustahil jika betul caranya.

[wajib baca: panduan menghadapi rawatan kanser]

Nikotin pada paras yang rendah memberi kesan yang sama dalam otak seperti ubat-ubatan lain yang disalahgunakan, contohnya kokain atau amfetamin. Kajian telah menunjukkan bahawa nikotin meningkatkan paras dopamin di dalam otak, satu neurotransmitter yang bertanggungjawab untuk perasaan keseronokan dan kesejahteraan.

Kesan akut nikotin akan hilang dalam masa beberapa minit sahaja. Oleh itu perokok perlu terus merokok dangan kerap sepanjang hari untuk mengekalkan kesan-kesan menyeronokkan dan mencegah gejala penarikan atau dikenali juga sebagai gejala withdrawal berlaku.

Menyedut asap rokok adalah kaedah yang sangat berkesan menyerap nikotin ke dalam aliran darah. Jumlah nikotin yang diserap daripada setiap batang rokok biasanya 1 hingga 2mg dan ia mampu sampai ke otak dalam masa 7 hingga 10 saat selepas disedut. Menurut Prochaska, seorang Pengarah Pusat Pencegahan Kanser, University of Rhode Island, ketagihan rokok adalah berkait rapat dengan kadar kepantasan nikotin diserap dan sampai ke otak.

cara-cara untuk berhenti dari ketagihan nikotin @ merokok

1)terapi gantian nikotin


Tips Berhenti Merokok

Ketagihan terhadap nikotin dapat dipulihkan melalui rawatan terapi gantian nikotin. Manfaat utama terapi gantian nikotin adalah ia menghalang keinginan untuk merokok sekaligus membenarkan seseorang perokok itu menjauhkan diri daripada tembakau dan mengelakkan kesan buruk daripada merokok.

Nikotin daripada rawatan terapi gantian masuk ke dalam aliran darah lebih perlahan berbanding dengan rokok, dan mencapai paras nikotin yang lebih rendah daripada merokok.

[wajib baca : ubat kumur..perlu ke?

Oleh itu tujuan rawatan terapi gantian bukannya untuk mandapatkan hit atau puncak seperti yang dicapai dengan rokok tetapi untuk menghasilkan tahap nikotin dalam darah yang sekadar cukup untuk mengurangkan gejala tarikan apabila perokok mula untuk berhenti merokok. Bentuk biasa terapi gantian nikotin adalah dalam bentuk tampalan nikotin, ‘gum’ dan gula-gula nikotin.




2)Varenicline


Tips Berhenti Merokok

Selain rawatan terapi gantian nikotin, terdapat juga ubat untuk membantu individu-individu yang ketagihan nikotin untuk berhenti merokok. Varenicline atau nama pasarannya Champix adalah sejenis ubat yang bertindak pada reseptor yang sama dalam otak seperti nikotin. Ia bertindak dalam otak, tetapi tidak sama seperti terapi gantian nikotin.

Varenicline berfungsi dengan merangsang reseptor nikotinik dalam otak. Ransangan daripada varenicline ini menghasilkan kesan yang melegakan gian yang dialami oleh perokok apabila berhenti merokok.

Pada masa yang sama, varenicline juga menghalang nikotin daripada bertindak ke atas reseptor nikotinik kerana berebut tapak reseptor yang sama. Keadaan ini menyebabkan nikotin terhalang daripada meletak pada reseptor nikotinik untuk memberi kesan yang memuaskan atau menyeronokkan.


cara-cara untuk menggunakkan vernicline @ champix






Terdapat banyak kaedah atau rawatan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ketagihan rokok. Seseorang perokok hanya perlu faham tahap ketagihan masing-masing dan dapatkan bantuan daripada doktor atau ahli farmasi supaya rawatan yang bersesuaian dengan tahap ketagihan anda diberikan.



Terdapat perkhidmatan terapi gantian nikotin yang ditawarkan di hospital dan klinik kesihatan kerajaan di seluruh Malaysia. Para perokok perlu memanfaatkan perkhidmatan ini agar usaha anda untuk berhenti merokok mencapai kejayaan serta bakal memberikan impak terhadap tahap kesihatan diri pada masa akan datang.

[wajib baca : sakit jantung @ serangan jantung?]

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1 800-88-6722.

Disediakan Oleh

Mas Eliana Bt Mahazir
Pegawai Farmasi UF48
Hospital Shah Alam
sumber: Metro Ahad 21/5/2017

ok..yuk just nak tambah ckit...klau uols nak berhenti merokok dengan herba..
yuk cadangkan ambik triple-t..
triple-t nie..kombinasi herba tempatan yang telah diformulasikan oleh dr azlan..
triple-t nie selamat dan ada kelulusan KKM..


Tips Berhenti Merokok

Tips Berhenti Merokok

No comments:

Post a Comment

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...