Suntikan Dexamethasone Bagi Ibu Hamil | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

Suntikan Dexamethasone Bagi Ibu Hamil

info tentang suntikan Dexamethasone bagi ibu mengandung

Suntikan Dexamethasone Bagi Ibu Hamil

Kenapa Ibu Hamil Perlu Mengambil Suntikan Dexamethasone?

Tiga kali mengandung,kandungan twin dan triplet dua kali terpaksa mengambil suntikan kortikosteroid (I/M dexamethasone) atau nama ringkasnya dexa untuk mematangkan paru-paru bayi di dalam kandungan. Sebenarnya memang ramai juga ibu-ibu hamil yang tidak tahu tentang kewujudan dan kegunaan suntikan ini. Jadi sy nak kongsikan di sini dengan cara yang agak santai agar mudah untuk kita memahaminya.


Apakah Itu Suntikan Dexa?

Suntikan dexa merupakan pemberian kortikosteroid kepada ibu-ibu hamil yang berisiko mengalami kelahiran pramatang di antara minggu ke 24 hingga minggu ke 36 kehamilan. Risiko kelahiran pramatang ini boleh dilihat apabila ibu-ibu hamil mengalami kontraksi pramatang, air ketuban pecah atau meleleh atau apabila tanda-tanda kelahiran lain telah bermula.

[wajib baca: apakah apgar score]

Siapakah Yang Memerlukan Suntikan Dexa?

Suntikan dexa diberikan kepada ibu-ibu hamil yang berisiko mengalami kelahiran pramatang ketika usia kehamilan di antara 24-36 minggu. Selepas minggu ke 37, suntikan ini tidak lagi diperlukan kerana di usia kehamilan ke 37 paru-paru bayi dikatakan telah matang sepenuhnya dan bersedia untuk dilahirkan tanpa sebarang risiko yang tinggi.


Apa Kegunaan Suntikan Dexa?

Seperti yang kita sedia maklum, paru-paru bayi belum matang sehinggalah minggu yang ke 37 di dalam kandungan. Oleh yang demikian bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan (pramatang) berisiko mengalami masalah pernafasan yang boleh membawa kematian.

Menurut kajian, pemberian suntikan ini telah menunjukkan pengurangan yang signifikan di dalam masalah pernafasan (RDS) dan pendarahan intraventricular yang sering terjadi kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Walaupun suntikan ini berkemungkinan mempunyai sedikit side effect , tidak dinafikan bahawa ianya membawa lebih kebaikan kepada bayi yang berisiko dilahirkan tidak cukup bulan.


Berapa Lamakah Suntikan Dexa Ini Perlu Diambil?

Suntikan ini diambil secara pasangan iaitu dos yang yang kedua diberikan selepas 12 jam dos yang pertama. Setiap dos mengandungi 12mg IM Dexamethasone. Sebagai contoh sy mengambil dos yang pertama di hospital pada jam 10 pagi, maka dos yang kedua perlu diambil sekitar jam 10.00 malam. Suntikan dexa ini akan bermanfaat selepas 24 jam bermula suntikan yang pertama hingga hari yang ke 7.


Adakah Suntikan Dexa Ini Menyakitkan?




Memang ramai ibu-ibu yang menyatakan suntikan Dexa ini menyakitkan. Ini tidak dinafikan. inject me slowly Doktor,  Silalah Inject Perlahan-Lahan
kandungan dexa ini memang pekat dan tidak boleh disuntik sekaligus kepada pesakit. Ianya perlu disuntik secara perlahan-lahan sekitar 2 minit. Jadi barulah ibu-ibu tidak akan merasakan kesakitan seperti yang dirasakan bila disuntik sekaligus. Memang akan terus terkeluar air mata dan rasa nak tumbuk Doktor ketika itu juga, haha.



sape pernah kena suntikan dexamethasone??betul ke sakit?


1 comment:

  1. Did you know that you can shorten your long links with Shortest and earn $$$$$ for every visit to your short links.

    ReplyDelete

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...