4 Tempat Terbaik Untuk Cium & Gosok Anak Anda | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

4 Tempat Terbaik Untuk Cium & Gosok Anak Anda

Tempat paling bagus untuk cium dan gosok anak anda??


ibubapa tahu tak tempat terbaik untuk cium anak??

klau ya..bagus-bagus..
klau x tahu wajib baca..ilmu nie penting tau..
yuk tengok zaman sekarang nie..ramai anak2 yang kurang kasih sayang ibu bapa tau..
sedih yuk tengok..yelar parents asyik ngan gadjet je kan..

tapi....diaorang bukan x sayang anak..sayang..cuma mereka x pandai nak tunjuk je kan..
klau manja lebih2 pun x leh juga kan..
tahukan anda??...dengan ciuman atau gosokkan sudah cukup untuk anak anda..
jangan pandang rendah degan kuasa ciuman nie tau...

[wajib baca: design set bakul & tilam baby yang cantik]

tapi..jangan salah cium plak tau...nak cium anak pun..kena lar kat tempat  yang betul jgak..
jangan main cium je...hah..klau nak tahu tempat mana yang bagus untuk cium dan tempat mana yang tak elok untuk cium anak anda..kena lar baca sampai habis...
Kadang-kadang anak kita jadi liar dan nakal sebab dia kurang sentuhan dan ciuman mak ayah dia sebenarnya.


Perasan tak kalau anak kita jatuh sampai benjol kepala, kita automatik rasa nak peluk cium anak kita dan gosok-gosok tempat benjol tu dan serta merta anak kita pun jadi makin tenang dan berkurang sakitnya. Perasan tak?

Tu la keajaiban sentuhan dan ciuman!

Tapi nak cium anak pun kena ada ilmu baru la makin berkesan untuk anak kita. Ada 4 tempat ciuman dan 6 tempat gosokan yang kita kena hafal.

Tips untuk Cium dan Gosok anak anda


1. Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAN. Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.

2. Ciuman di dahi adalah tanda REDHA. Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.

3. Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU. Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi. Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau si comel kita tu.

[wajib baca: 5 kesalahan dalam mendidik anak]

4. Cium kat tangan adalah bila kita rasa KASIH sangat kat anak kita. Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita. Ramai budak-budak bukan cium tangan tapi sujud kat tangan orang tua. Salah tu! Bersalam kena guna bibir atau hidung. Bukan dahi. Kalau pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman. Katanya dia tu tanda sembah, bukan tanda hormat.

Untuk tempat gosok tu sama je dengan 4 tempat ciuman tadi cuma tambah extra 2 tempat lagi.


tips tambahan tempat untuk gosok anak anda 

1. Gosok di belakang leher ye kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.

2. Gosok di dada pulak sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah surah pendek macam Al Fatihah atau Ayat Kursi.

Pantang Larang dalam mencium anak anda 


  • Jangan sesekali cium anak kat bahagian bibir. Memang nampak kiut tapi bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal kita je. Area bibir adalah area yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.
  • Dikhuatiri boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya dah agak meningkat ke umur 5 - 6 tahun nanti. Kalau dah terlanjur amal cium mulut nak buat camne? Hentikan sekarang!


Pendapat western tentang cium anak di bibir



dimanakah tempat yang anda selalu cium anak anda??



1 comment:

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...