Kes Penyakit Anjing Gila(Rabies) di Sarawak,Malaysia | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

Kes Penyakit Anjing Gila(Rabies) di Sarawak,Malaysia

fakta  Kes Penyakit Anjing Gila(Rabies) di Sarawak,Malaysia

Kes Penyakit Anjing Gila(Rabies) di Sarawak,Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingn memaklumkan berkaitan kejadian tiga (3) kes di kalangan kanak-kanak yang dilaporkan telah dijangkiti virus rabies di negeri Sarawak.

Pada 29 Jun 2017, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM telah menerima laporan dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak berkaitan tiga (3) kes viral encephalitis yang telah dimasukkan ke wad di Hospital Umum Sarawak (SGH) yang disyaki dijangkiti virus rabies.

Pada 30 Jun 2017, keputusan makmal bagi ketiga-tiga kes adalah positif bagi virusrabies.

KES 1
Kes pertama adalah kanak-kanak lelaki, berumur 4 tahun dari Kampung Paon, Sungai Rimu, Serian. Kanak-kanak mula mengalami demam sejak 5 Jun 2017 dan telah mendapat rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Balai Ringin, Serian pada hari yang sama. Walau bagaimanapun, keadaan kes semakin tenat dan mengalami kesukaran bernafas dengan perubahan tingkahlaku, bersifat agresif dan hidrofobia (takut kepada air atau takut minum air). Pada 8 Jun 2017, kes telah dimasukkan ke wad di Hospital Serian dan selanjutnya pada 9 Jun 2017 dirujuk ke SGH bagi rawatan lanjut. Keadaan kes tenat dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi, SGH. Kes mempunyai sejarah gigitan anjing kira-kira 2-3 bulan sebelum onset gejala.


KES 2
Kes kedua adalah kanak-kanak perempuan, berumur 6 tahun dari Kampung Paon, Sungai Rimu, Serian. Kes ini adalah kakak kandung kepada kes pertama. Kes mulai mengalami demam pada 12 Jun, 2017. Pada 14 Jun, 2017, kes dibawa ke klinik Kesihatan Balai Ringin kerana demam melarat, perubahan tingkahlaku serta agresif. Kes telah dibawa ke Hospital Serian pada 15 Jun 2017 dan pada 16 Jun 2017, kes dirujuk ke SGH untuk rawatan lanjut. Keadaan kes tenat dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, SGH. Pihak JKN Sarawak sedang berusaha untuk mendapatkan sejarah gigitan anjing pada kanak-kanak ini.

KES 3
Kes ketiga adalah kanak-kanak perempuan, berumur 7 tahun dari Kampung Lebur, Gedong. Kes mula mengalami demam pada 23 Jun, 2017 dan keesokan harinya, kes telah mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Serian. Keadaan kes semakin merosot dengan perubahan tingkahlaku dan bersikap agresif serta hidrofobia. Pada 28 Jun, 2017, kes telah mengalami sawan (fit) dan terus dibawa ke SGH. Keadaan kes tenat dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, SGH. Kes mempunyai sejarah gigitan anjing kira-kira sebulan sebelum onset gejala.


apakah penyakit anjing gila(rabies)?

Kes Penyakit Anjing Gila(Rabies) di Sarawak,Malaysia

  • Penyakit rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti rabies.
  • Rabies berjangkit melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit dari air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan tersebut kepada manusia.
  • Masa inkubasi rabies adalah 3 minggu hingga 2 bulan dari gigitan haiwan rabid hingga timbul gejala.
  • Individu yang dijangkiti rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia, lumpuh dan koma.
  • Rabies adalah satu penyakit yang menyebabkan kematian 100% jika tanda-tanda penyakit telah timbul.
[wajib baca: apakah penyakit anjing gila @ rabies?]


Tindakan Kawalan Penyakit Rabies Oleh Jabatan Kesihatan Sarawak

Pihak JKN Sarawak telah melaksanakan tindakan kawalan dan pencegahan ke atas kejadian ini melalui aktiviti berikut:
1. Pengurusan kes jangkitan rabies.
2. Pengeluaran health alert kepada semua pengamal perubatan.
3. Membuka bilik gerakan untuk memantau kejadian dan menyelaras aktiviti pencegahan dan kawalan wabak.
4. Mengukuhkan aktiviti survelan pemantauan kes gigitan anjing dan haiwan liar.
5. Mengukuhkan pengurusan kes gigitan anjing dan haiwan liar.
6. Menyediakan stockpile vaksin rabies yang mencukupi.
7. Meningkatkan aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan penyakit rabies dan langkah pencegahannya.

langkah-langkah pencegahan bagi penyakit anjing gila(rabies)

Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihati orang awam yang tinggal di daerah Serian agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit rabies:

1. Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan anjing peliharaan yang agresif atau anjing liar;

2. Pastikan anjing peliharaan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama anjing liar;

3. Jika anjing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat;

4. Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal

5. Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.

KKM juga telah mengingatkan daerah-daerah lain yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia supaya meningkatkan pemantauan kes gigitan anjing di daerah masing-masing. KKM akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veteriner dan agensi lain yang berkaitan bagi memastikan jangkitan virus rabies di kalangan manusia dapat dikawal dan tiada penularan lanjut berlaku

sumber: akhbar KKM

update terkini: 
Dua beradik tersebut(kes 1 & kes 2) yang menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi Hospital Umum Sarawak setelah otak mereka gagal berfungsi.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian, kedua-dua ibu bapa kanak-kanak lelaki berusia 4 dan perempuan berusia 6 tahun itu kemudian bersetuju agar alat sokongan mereka ditanggalkan.

anda kena ingat..bahawa penyakit anjing gila nie sangat berbahaya dan boleh membawa maut..jadi perlu alert ye,,,nnti lpas nie yuk akan update lebih tentang info penyankit anjing gila nie,,

3 comments:

  1. Replies
    1. penyakit anjing gila nie sangat rare dan jarang berlaku tetapi bila ia sudah berlaku..mmang menakutkan..klau tengok kat pesakit yang kena penyakit anjing gila nie mmang kesian..
      thaks nurzakiah sbb sudi baca..

      Delete

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...