Ubat Kumur..Perlu Ke?? | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

Ubat Kumur..Perlu Ke??

perlukah mengambil ubat kumur??

Apakah ubat kumur? ,Bilakah pengunaan ubat kumur bagus diambil?, Apakah jenis-jenis ubat kumur?, cara-cara untuk menggunakan ubat kumur ,Adakah ubat kumur mempunyai kesan sampingan?, Tip-tip penggunaan ubat kumur

sekarang nie kan banyak kat pasaran yang jual ubat kumur..
iklan dalam tv pun banyak tentang ubat kumur nie..
tapi sejauh manakah kita perlu mengambil ubat kumur nie..??
atau hanya sekadar cukup dengan memberus gig??
ada gak yuk dengar orang bgtau kena ambik gak ubat kumur untuk memastikan kebersihan mulut kita..
but..sejauh manakah perkara tersebut betul..
yuk akan rungkaikan persoalan nie akhir sekali ye...so baca sampai habis ye..hihi
sebelum tu adakah anda tahu apakah ubat kumur??

Apakah ubat kumur?

Ubat kumur adalah cecair atau larutan yang digunakan untuk berkumur atau membersih mulut. Ubat kumur biasanya disyorkan oleh doktor gigi atau doktor untuk tujuan tertentu. Ubat kumur boleh didapati di hospital, farmasi atau pasaraya.

[wajib baca: strok di usia muda]

Bilakah pengunaan ubat kumur bagus diambil?

Ubat kumur biasanya disyorkan atas sebab:
  1. Mengawal jangkitan bakteria atau kulat dalam mulut
  2. Sebagai tambahan kepada pemberusan gigi
  3. Menggantikan pemberusan gigi selepas pembedahan mulut atau tisu trauma
  4. Untuk kesan sementara kesegaran mulut dan mengurangkan bau mulut
  5. Mengurangkan sakit dan kekeringan tisu mulut
  6. Membantu penyembuhan tisu mulut

Apakah jenis-jenis ubat kumur?


Ubat kumur mempunyai tindakan dan kesan yang berbeza bergantung pada bahan aktif yang terkandung di dalamnya. Di bawah ini disenaraikan contoh-contoh:
  • Ubat kumur anti-plak mengandungi agen anti-plak (contoh: Chlorhexidine Gluconate, Cetylpyridinium Chloride)
  • Ubat kumur anti-karies mengandungi fluorida
  • Ubat kumur anti-sensitif mengandungi agen penyahpekaan (contoh: arginine, potassium nitrate)
  • Ubat kumur mengurangkan sakit mengandungi anti-radang dan agen mengurangkan kesakitan ( contoh: benzydamine hydrochloride)
Ubat kumur bertujuan melegakan dan mengurangkan kekeringan tisu mulut mengandungi perlindungan berasaskan enzim, biasanya diberi untuk pesakit yang mengalami keradangan tisu mulut selepas rawatan kanser

Sesetengah ubat kumur mengandungi hyaluronan membantu mempercepatkan penyembuhan luka tisu mulut

Penggunaan ubat kumur yang betul di bawah nasihat profesional pergigian adalah penting untuk mengelak komplikasi atau ketidaksesuaian penggunaannya.

cara-cara untuk menggunakan ubat kumur

Apakah ubat kumur? ,Bilakah pengunaan ubat kumur bagus diambil?, Apakah jenis-jenis ubat kumur?, cara-cara untuk menggunakan ubat kumur ,Adakah ubat kumur mempunyai kesan sampingan?, Tip-tip penggunaan ubat kumur

Ubat kumur mungkin berbeza cara penggunaannya mengikut jenis dan tujuan penggunaannya, contohnya:
  • digunakan sekurang-kurangnya 30 saat untuk memastikan tindakan yang optima.
  • Digunakan sebelum atau selepas memberus gigi.
  • Digunakan selepas makan atau sebelum tidur kerana ia mengganggu deria rasa
  • tidak perlu dicairkan
Penggunaan ubat kumur mestilah mengikut nasihat doktor atau arahan yang tertera pada label produk.

Adakah ubat kumur mempunyai kesan sampingan?

Kesan sampingan yang biasa dari penggunaan ubat kumur ialah:
  • Rasa kurang menyenangkan seperti panas atau terbakar (burning sensation)
  • Mengganggu deria rasa
  • Penstainan gigi
  • Kesan pengeringan tisu mulut

Tip-tip penggunaan ubat kumur


Ubat kumur hanya digunakan jika perlu, atas arahan doktor gigi. Pemberusan gigi yang efektif adalah memadai bagi kebanyakan orang, untuk mencapai kebersihan mulut yang sempurna.

Penting mengetahui terdapat berbilang ubat kumur di pasaran dengan kesan yang berbeza bergantung pada kandungan bahan aktif, dan tujuan ia digunakan.


[wajib baca:serangan jantung@ sakit jantung?]

Pilihlah ubat kumur tanpa alkohol. Alkohol boleh memberi kesan tidak baik kepada tisu mulut.

Sesetengah ubat kumur mengandungi lebih 10 peratus kandungan alkoholnya dikhuatiri boleh mencetus pengambilan alkohol pada mereka yang cuba hendak berhenti dari tabiat mengambil alkohol.

Dapatkan nasihat daripada doktor gigi.


secara amnya..x perlu kot gatal-gatal nak guna ubat kumur nie..
jangan percaya sangat dengan iklan kat tv nie..
membazir je beli ubat kumur nie..dah lar mahal..

klau uols nak guna jgak..pergi dapatkan nasihat doktor gigi..
klau doktor gigi bagi guna..baru guna ye..
hopefully articel nie bermanfaat..


jika anda rasa article nie bermanfaat..jangan lupa share ye..

2 comments:

  1. Ubat kumur sangat membantu. Did you know ubat kumur juga membantu untuk mengurangkan bau tengit di ketiak?

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...