Apakah Neonatal Jaundice(NNJ)? | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

Apakah Neonatal Jaundice(NNJ)?

bagaimana Neonatal Jaundice(NNJ) boleh terjadi?

Neonatal Jaundice(NNJ)?

 

ok,,nak tnya uols...apakah Neonatal Jaundice(NNJ) ?
tahu x bagaimana Neonatal Jaundice(NNJ) boleh terjadi ??
rawatan untuk  Neonatal Jaundice(NNJ) ... tahu x??
kenapa mata dan badan bayi yang kena Neonatal Jaundice(NNJ)  nie warna kuning??

urm...klau Neonatal Jaundice(NNJ)  pun x tau.
konfirn sume soalan yang yuk tnya xtau jgak kan..
sume dok nganga je...hahahaha..
xpe  klau x tau meh yuk bgtau..uols just baca smpai habis je,,
info nie penting bagi bakal ibu dan bapa..

apakah  Neonatal Jaundice(NNJ)??



‘Neonatal’ maksud bayi baru lahir hingga umur sebulan je. ‘Jaundice’ maksud bayi anda kelihatan ‘kuning’.

[wajib baca: jenis-jenis vaksin kanak2 dan bayi]

kenapa mata dan badan bayi yang kena Neonatal Jaundice(NNJ)  nie warna kuning?? 

 Warna kuning pd kulit, mata putih & tisu mukosa mulut bayi NNJ disebabkan oleh ‘bilirubin’ yang lebih tinggi daripada normal . Level Normal Bilirubin untuk baby ialah rendah daripada 5 mg/dL (86 umol/L).

Bilirubin nie.. terdapat dlm sel darah merah baby. Bilirubin ditapis oleh hati atau liver dan bilirubin dikeluarkan dlm najis .bilirubin nie lar yang bagi warna kuning pada najis .

Lebih 60% baby yg baru lahir kena NNJ/Kuning. (6 drp 10 kelahiran). Lebih 90% baby PREMATURE kena NNJ. 

kenapa Neonatal Jaundice(NNJ)  Selalu dilihat terjadi pd usia baby 2-3 hari setelah kelahiran?

 

1. Proses semulajadi tubuh baby ‘memecah' sel-sel darah merah yg ‘lama’ (digunakan baby sejak dlm kandungan= Hb F) proses nie akan membebaskan bilirubin yang banyak/tinggi ke dalam darah baby...so...terjadi lah NNJ. Hb F ni digantikan dgn sel darah merah baru= Hb Alfa Beta....yg ada pd kita semua.

2.Fungsi hati/liver baby yg BELUM matang menyebab UNCONJUGATED bilirubin tinggi dlm darah baby sbb bilirubin tu tak dpt dikeluarkan oleh hati melalui najis baby.... so terjadi lar NNJ. Najis baby TAK warna KUNING tpi warna PUCAT.
Susu ibu (terbaik) & susu famula yg mengcukupi dpt mempercepatkan UNCONJUGATED bilirubin dibuang daripada baby anda. JANGAN BAGI SUSU KAMBING kpd baby anda!!!


[wajib bacamakanan terbaik untuk IQ anak anda ]

apakah rawatan untuk Neonatal Jaundice(NNJ)?

 ada dua jenis rawatan, bergantung pd tahap bilirubin di dalam darah:

1. Phototherapy dgn lampu UV (ultraviolet) 

rawatan Apakah Neonatal Jaundice(NNJ)

jika total serum bilirubin baby lebih 250 μmol/l ( 15 mg/dL).
Ia adalah sumber cahaya biru dgn jarak gelombang (wavelength) 450 nm mengizinkan bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untk dikeluarkankan drp badan baby ke sluran najis.

2. Proses pertukaran darah / ‘exchange transfusion’ 

rawatan Apakah Neonatal Jaundice(NNJ)

dilakukan sekiranya rawatan lampu tak berjaya mengurangkan paras bilirubin 
( > 350 μmol/l /> 22mg/dL) 
proses pertukaran darah adalah satu rawatan di mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan & diganti dgn darah baru yg diambil dari bank darah dlm 5-6jam.
Sekiranya baby masih kelihatan kuning pd umur baby 14 hari bagi baby matang & 21 hari bagi baby pra matang...pemeriksaan lanjut dijalankan untuk cari PATHOLOGY nya.


[wajib baca: kebaikan tembikai kepada bayi anda]

**PERHATIAN: Komplikasi NNJ.
Tahap bilirubin daripada sel darah merah(unconjugated bilirubin) yg terlalu tinggi akan memasuki sel otak serta menjadi kuning & merosakanya. Keadaan ni di panggil KERNICTERUS.
Ini boleh menyebabkan baby menjadi lumpuh, pekak atau buta, sawan, cacat kekal otak atau mati.


source:Dr. Abdul Rahim 

sekarang dah faham ke??so ape yang yuk faham..susu ibu adalah terbaik untuk mencegah  Neonatal Jaundice(NNJ). so bila lepas deliver tu try your best to give baby anda your breast milk..
yuk yakin..semua parents x nak anak mereka kena  Neonatal Jaundice(NNJ) kan..x sanggup nak tngok baby kena rawat guna lampu tu kan...klau kena exchange transfusion tu lagi lar x sanggup nak tngok..
so mencegah lagi baik drpd mengubati..

[info penting: tips untuk mendapat anak pintar & pandai membaca sebelum masuk tadika]

sape kat cni ada pengalaman dengan  Neonatal Jaundice(NNJ)..cer share ckit pengalaman uols..

No comments:

Post a Comment

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...