perut boroi boleh membunuh | YUK'S TROVE

nuffnag

SALES

perut boroi boleh membunuh

Perut yang buncit boleh membunuh anda!!!


wow..tajuk hari nie pasal perut boroi ye..
bkn nak mgata tau..tp just nak bg nasihat..
pernah dengar x kata-kata..

"boroi maknanya kaya"

mesti pernah dengar kan..
btul ke kata2 tu..urm...tapi klau fikirkan balik..
mmng btul pun..sbb kbyakkan org kaya..perut boroi..hihi..
mungkin nie salah satu kelebihan org perut boroi...

tapi..jaga-jaga...boroi juga boleh membunuh..
betul ke??btul lar..x kan nak tipu plak..
lagipun..boroi bukan sahaja berbahaya tapi..hodoh kan..
sbb tular sekarang nie..ramai yg g gym..nak jadi sado n..
nak ada six pack..

wlaubagaimana pun..masih ramai peduduk malaysia yg boroi n obese..
meh baca lagi..kenapa saya ckp boroi boleh membunuh..
Satu kajian telah dibuat dan diterbitkan pada 2007 ke atas 160 000 pesakit. Kajian tersebut telah menaksir hubungkait antara ukurlilit pinggang dengan penyakit jantung dan penyakit kencing manis (diabetes). Keputusannya menunjukkan bahwa ada kaitan yang ketara antara pertambahan ukutlilit pinggang dan kewujudan penyakit jantung dan diabetes pada kedua-dua jantina. Lebih mengejutkan, hanya dengan peningkatan ukurlilit pinggang yang sedikit sahaja di kalangan pesakit yang kurus (Indeks Jisim Tubuh, BMI <25) juga dikaitkan dengan kewujudan penyakit jantung dan diabetes. Banyak lagi kajian seumpamanya, sebelum dan selepas itu, telah mengesahkan kesimpulan tersebut.Ini bermakna..


 perut boroi bukan sahaja kelihatan hodoh, tetapi juga boleh membunuh!

Ukurlilit pinggang yang diingini untuk lelaki seharusnya di bawah 90cm dan untuk wanita di bawah 80cm dalam masyarakat Asia. Ini termaktub dalam Garispanduan Amalan Klinikal Malaysia untuk Obesiti 2004. Untuk senang difahami, ukurlilit pinggang itu sebenarnya adalah saiz seluar anda. Kecuali jika anda memakai seluar di bawah garis pinggang, maka ukurlilit pinggang anda tidak bertepatan dengan saiz seluar. Jika anda memakai seluar secara londeh (pinggang seluar jatuh di bawah perut), itu dengan sendirinya bermakna perut anda sudahpun boroi. Tanyalah diri anda soalan mudah ini: “apakah saiz seluar saya?” jika anda seorang lelaki Asia dan saiz seluar anda melebihi 90cm, kemungkinan besar anda akan mati lebih cepat berbanding dengan kawan-kawan anda yang perutnya bersaiz lebih kecil. Fakta ini mungkin mengejutkan, tetapi ianya boleh diubah.


Pertambahan ukurlilit pinggang atau perut bukanlah semata-mata akibat terlebih makan dan gemuk. Sebenarnya, ada orang yang kurus dan masih berperut boroi. Biasa juga kedengaran atau kelihatan seseorang yang cuba menghadkan pemakanan dan telah menunjukkan tanda tanda kehilangan berat otot seperti berpipi cengkung dan berdada leper tetapi masih mempunyai perut yang terjojol keluar.


Kegemukan perut disebabkan oleh gabungan pelbagai punca seperti pemakanan yang salah, gaya hidup tidak aktif, kekurangan zat dan ketidakseimbangan hormon. Membetulkan satu sahaja daripada faktor-faktor ini tidak dapat menghilangkan lemak pada perut. Seseorang itu boleh bersenam selama berjam-jam sehari dan mengentalkan otot pada seluruh tubuhnya tetapi pada masa yang sama masih mempunyai perut yang boroi. Sesiapa yang selalu ke pusat riadah pasti pernah melihat seseorang yang seperti ini.

antara faktor terpenting dalam mengurangkan ukurlilit perut ialah menyeimbangkan hormon kita ke tahap muda remaja. Hormon terpenting yang terbabit untuk kaum lelaki ialah testosteron dan untuk kaum wanita ialah keseimbangan tepat testosteron, progesteron dan estrogen. Bahkan, terdapat suatu jenaka dalam kalangan pengamal anti-penuaan mengenai kegemukan perut. ‘Jika seorang lelaki berdiri bogel dan tidak dapat melihat alat sulitnya tanpa membongkok, maka kesimpulannya dia sudah mengalami masalah kekurangan testosterone.’ (Ini disebabkan perut boroinya sudah melindungi garis penglihatan ke alat sulitnya).

Kesimpulanya, semakin besar perut anda, semakin besar kemungkinan anda mendapat penyakit jantung dan diabetes. Kedua-duanya ialah punca utama kematian manusia di masyarakat kita.


salah satu lagi untuk kurangkan perut boroi cara ialah kita detox...
urm..klau say..saya detox dgn triple-t. xde masa lar nak buat air detox..haha..
lagipun triple t nie selamat..

[wajib baca : info triple-t]

boleh dpt triple-t dr agent amru...trusted seller

Info tambahan..Triple-t byDRAZLAN ni ada 3 aksi..
1. Pencucian organ hati dan buah pinggang a.k.a cellular detox
2. Pemulihan sel sel hati dan buah pinggang baru yang lebih sihat
3. Penyah sel sel lemak kolestrol
.. 

sekarang dah faham kenapa triple t boleh jgak untuk detox..siap boleh buang lemak n kolestrol lagi..hihi..

jika anda rasa article nie bermanfaat..wajib share

2 comments:

  1. dats why menitikberatkan kesihatan tu penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu sis nadhie..makan..makan jgak..kesihatan kna jga

      Delete

nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...